Tingkatkan Kualiti Kopi Anda | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Tingkatkan Kualiti Kopi Anda

Upping your coffee game
Nescafé®
Nutrition tips by Nescafé®

1. Buat kiub ais kopi untuk memastikan kopi ais anda kekal pekat sepanjang masa


Tuangkan kopi anda ke dalam acuan kiub ais dan bekukan. Gunakan kiub ais ini untuk kopi ais anda atau tuangkan susu ke atasnya untuk menikmati segelas latte ais.

 

2. Hilangkan kepahitan kopi dengan secubit garam

 

Betul! Terdengar agak pelik, tetapi taburkan sedikit garam ke dalam kopi anda akan mengurangkan kepahitannya.

 

3. Tambahkan kayu manis untuk memeriahkan kopi anda

 

Lupakan gula! Tambahkan sedikit kayu manis sebagai pemanis semula jadi tanpa kalori dan memberikan sentuhan unik pada kopi anda.
 

4. Guna semula serbuk kopi anda sebagai baja atau penghilang bau

 

Jangan buang serbuk kopi anda! Ia berfungsi sebagai baja yang memperkayakan tanah dan mencegah bau tidak menyenangkan.


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?