7 Tip untuk Menganjurkan Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

7 Tip untuk Menganjurkan Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri

7 Tips for Hosting Aidilfitri Open House
Nestlé
Nutrition tips by Nestlé

Sudah tiba masanya lagi, musim Raya kembali! Untuk membantu anda kekal sihat sambil menikmati pelbagai hidangan Raya, berikut adalah beberapa tip untuk menganjurkan rumah terbuka:

1. Sukusukuseparuh

meal quarter

 

Galakkan tetamu anda untuk mengamalkan konsep #sukusukuseparuh. Tidak pasti bagaimana rupa pinggan yang sihat? Gunakan tangan sebagai panduan praktikal:

Karbohidrat – ¼ pinggan atau sebesar genggaman tangan
Protein – ¼ pinggan atau sebesar tapak tangan
Buah-buahan & sayur-sayuran – ½ pinggan atau sebesar segenggam tangan

 

2. Air

water

 

Sediakan air kosong untuk membantu tetamu kekal terhidrat dengan meletakkan stesen air berhampiran kawasan tempat duduk.

 

3. Gula

sugar


Jika anda menyediakan kopi atau teh, letakkan kiub gula atau paket gula di tepi, dan biarkan tetamu tentukan jika mereka perlu menambahnya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan gula <10% daripada jumlah tenaga harian, bersamaan 50g atau 10 sudu teh sehari bagi orang dewasa.

 

4. Sayur-Sayuran

vegetables

Sertakan pelbagai jenis sayur-sayuran (dalam bentuk ulam/salad masak dan mentah) dalam menu. Mengikut konsep #sukusukuseparuh, buah-buahan dan sayur-sayuran seharusnya memenuhi separuh pinggan!

 

5. Buah-Buahan

fruits

Gantikan buah-buahan dalam tin dengan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut atau masukkan dalam minuman buah-buahan. Anda juga boleh menambah daun pudina untuk rasa yang menyegarkan dalam minuman anda!

 

6. Kacang

snacks

Untuk snek, hidangkan kacang panggang atau kacang rebus sebagai ganti kepada snek jeruk dan gula-gula. Jika anda menghidangkan kuih raya, letakkan di meja pencuci mulut yang berasingan (sebaiknya jauh dari kawasan tempat duduk) untuk secara tidak langsung mengurangkan pengambilannya!

 

7. Ayam

ayam

Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti memanggang atau membakar. Sebagai ganti ayam goreng, hidangkan ayam bakar atau daging panggang kepada tetamu anda.

 

References:

1. Makan Secara Sihat di Hari Raya, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012
2. Perancangan dan Pemilihan Menu Sihat Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013
3. Choosing Healthy Hari Raya Food and Deepavali Snacks 
4. Guideline: Sugars intake for adults & children, World Health Organisation, 2015
 


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?