Sarapan memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh setelah berjam-jam tidur, serta untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh itu, adalah berbaloi untuk berusaha menyediakan sarapan yang berkhasiat bagi memulakan hari anda dengan baik.
Disarankan agar hidangan pagi anda memberikan sekitar 20-25% daripada jumlah tenaga harian anda. Ia juga seharusnya menyumbang secara signifikan kepada pengambilan nutrien harian, termasuk karbohidrat, vitamin, mineral, protein, dan serat pemakanan.
Kepentingan Sarapan yang Sihat
Membantu untuk kekal fokus dan peka | Meningkatkan pengambilan mikronutrien | Memberi rasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk snek tidak sihat | Mengekalkan berat badan yang sihat |
Idea untuk sarapan jika anda hanya mempunyai 5 minit
Bijirin bijian penuh dengan susu dan buah-buahan |
Granola bijian penuh dan buah dengan yogurt |
Roti gandum penuh dengan mentega kacang atau sapuan kacang dan pisang |
15-30 Minit
Telur dadar dengan roti bakar bijian penuh |
Sandwic bijian penuh dengan isi sandwic yang telah disediakan (cth. tuna, telur, dada ayam dengan sayur-sayuran) |
Burrito dengan telur hancur |
Lempeng dengan buah-buahan dan madu atau sapuan kacang |
30 Minit
Nasi goreng/mi goreng atau kuey teow |
Mi Sup |
Bubur ayam/ikan |
Rujukan:
1. Eat Smart + Move More = Recipe for Healthy Families
2. Day-to-day regularity breakfast consumption is associated with weight status in a prospective cohort of women.
3. A Review of the Evidence Surrounding the Effects of Breakfast Consumption on Mechanisms of Weight Management
4. The Effects of Breakfast and Breakfast Composition on Cognition in Children and Adolescents: A Systematic Review
5. Consumption of ready-to-eat cereals (RTEC) among Malaysian children and association with socio-demographics and nutrient intakes - findings from the MyBreakfast study
6. Beneficial effects of a higher-protein breakfast on the appetitive, hormonal, and neural signals controlling energy intake regulation in overweight/obese, "breakfast-skipping," late-adolescent girls
7. Healthy Breakfast