Tip 1: Kurangkan, Lebih Baik!
Kebanyakan resipi kek dan biskut, sama ada moden atau tradisional, menggunakan gula sebagai salah satu bahan utama. Cuba gantikan gula dengan alternatif yang lebih sihat, seperti kurma, prun, atau kismis yang memberikan kemanisan semulajadi. Sebagai contoh, lihat resipi Bar rangup NESTLÉ® Cornflakes Kelapa Nanas ini.
Alternatif manis semulajadi ini bukan sahaja mengurangkan kandungan gula, tetapi juga menambah serat dan nutrien kepada hidangan, menjadikannya pilihan yang lebih sihat tanpa mengorbankan rasa!
Tip 2: Pilihan Di Tangan Anda!
Kebanyakan resipi tradisional, seperti kerepek, rempeyek, dan simpul popia rangup, disediakan dengan cara menggoreng. Namun, anda boleh mencuba kaedah penyediaan yang lebih sihat, seperti membakar dalam ketuhar atau menggunakan air fryer. Sebagai contoh, resipi Popia Rangup NESTUM® Asli ini hanya perlu dibakar dalam ketuhar selama 15 minit.
Tip 3: Kekalkan Bahan Semulajadi dan Lebih Kreatif!
Antara daya tarikan kuih raya adalah dari segi penampilannya. Biskut Lidah Kucing Pelangi, sebagai contoh, menggabungkan pelbagai warna dan rasa. Cubalah warna dan perisa semulajadi, seperti warna merah daripada buah naga dan rasa jagung daripada jagung rebus. Mengapa tidak mencuba resipi Kek Pandan KITKAT® ini? Rasanya lazat dan warna hijaunya diperoleh daripada daun pandan.
Tip 4: Semuanya tentang Serat!
Gantikan atau campurkan tepung gandum biasa dengan tepung gandum penuh untuk kandungan serat dan nutrien yang lebih tinggi.
Tip 5: Kecantikan yang penuh Manfaat!
Tambahkan nutrien pada biskut Raya anda dengan kepingan atau potongan buah kering, seperti kurma dan prun, atau kacang, seperti kacang gajus dan badam, yang lebih sihat berbanding taburan coklat atau ‘hundreds and thousands’. Cubalah resipi NESTLÉ® Cornflakes Biskut Tomato dan Herba, ia menggabungkan tomato kering dan pelbagai jenis herba sebagai hiasan.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja meningkatkan nilai pemakanan biskut Raya anda, tetapi juga menambah rasa dan tekstur yang menarik!