“Mana ada masa!” kata-kata daripada majoriti apabila kesibukan hari sering melanda, bahkan mana kita ada masa untuk luangkan berjam-jam demi senaman fizikal, mengikut diet yang ketat dan amalkan gaya pemakanan yang sihat dalam hidupan harian. Namun, ke semua ini amatlah penting untuk kesihatan jantung kita.
Apa jua rutin yang melibatkan senaman dan diet harian anda, gantilah ia dengan rutin yang lebih baik dan jangan mengambil masa tambahan.
1. Gunakan tangga daripada menaiki lif.
2. Rajinkan untuk berjalan dan berjumpa orang di dalam pejabat berbanding hanya menanti emel dan menelefon sahaja.
3. Lakukan kerja sendiri dapat meningkatkan lagi denyutan jantung dan ia merupakan senaman yang baik.
4. Berhenti merokok – kajian menunjukkan bahawa merokok mengurangkan HDL (kolesterol baik) dan menyebabkan tahap kolesterol anda tidak seimbang.
5. Lebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan, sekurang-kurangnya 3-5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.
6. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bergoreng – Pakar mengesyorkan agar kita tidak mengambil makanan seperti ini lebih daripada sekali dalam masa seminggu.
Kedua-dua amalan pemakanan dan senaman atau aktiviti fizikal adalah penting apabila kita mencuba untuk menurukan tahap kolesterol. Amalan sihat ini mungkin bukan kunci utama dan matlamat utama anda, tetapi ia sangat membantu untuk kesihatan jantung anda. Kesimpulannya, anda akan melakukan 40 minit senaman dan gaya pemakanan rendah lemak sepanjang hari.