Kita semua mahu anak-anak kita memulakan kehidupan dengan baik. Selain memastikan mereka mendapat pendidikan, keselamatan dan kesihatan yang baik, kita juga ingin memastikan mereka mendapat nutrisi terbaik untuk membesar dengan sihat dan kuat. Asas bagi ini adalah pengambilan PROTEIN yang mencukupi dan berkualiti tinggi.
Protein adalah blok pembinaan tubuh dan memainkan peranan penting dalam perkembangan fizikal dan mental.
5 manfaat hebat protein:
- Membina dan membaiki otot
- Membantu pertumbuhan sel
- Menyokong metabolisme yang sihat
- Menyokong perkembangan sistem imun
- Menghasilkan hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh
Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun memerlukan 19-gram protein sehari, dan sebanyak 34 gram sehari apabila mereka mencapai usia 9-12 tahun.
Kini setelah kita tahu betapa pentingnya protein, bagaimana kita memastikan anak kita mendapat protein berkualiti tinggi dalam diet harian mereka? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘protein berkualiti tinggi’?
Protein terdiri daripada asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino, dan 9 daripadanya dianggap sebagai asid amino penting. Apabila sumber makanan mengandungi semua asid amino penting ini, ia dipanggil ‘protein berkualiti tinggi’.
Protein berkualiti tinggi boleh didapati dalam daging, ayam, ikan, telur, dan produk tenusu. Sumber tumbuhan juga mengandungi jumlah protein yang baik, terutamanya apabila kita menggabungkan kekacang (seperti kacang, lentil & kacang kuda) dengan bijirin (seperti nasi, pasta, roti). Contohnya, hidangan berkhasiat yang kaya dengan protein adalah seperti sapuan mentega kacang pada roti bakar.
Terdapat pelbagai cara untuk menggabungkan kumpulan makanan bagi memastikan anak-anak kita mendapat protein berkualiti tinggi sambil menikmati makanan yang mereka suka seperti di bawah. Anda juga boleh memberikan 2 hidangan susu setiap hari untuk meningkatkan pengambilan protein mereka!
- Sandwic keju bakar
- Telur hancur dengan keju
- Hummus dengan batang sayuran atau keropok
- Burger sayuran
- Sandwic mentega kacang dan jem
- Parfait yogurt dengan buah-buahan
- Bijirin gandum penuh dengan buah-buahan dan susu
Memberikan anak-anak kita diet yang seimbang dan berkhasiat akan memastikan mereka mendapat protein berkualiti tinggi yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat. Nasib baik, kebanyakan sumber protein adalah makanan yang mesra kanak-kanak, terutamanya susu yang mudah dan senang disediakan. Jadi ibu-ibu, mari kita masukkan idea-idea ini dalam menu harian kita dan pastikan anak-anak kita membesar dengan baik.
Rujukan:
1. Protein: A nutrient in focus
2. Nutrients for cognitive development in school-aged children
3. WHO/FAO/UNU (2007)