Produk Mesra Alam untuk Dapur yang lebih Mampan | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Produk Mesra Alam untuk Dapur yang lebih Mampan

Eco-Friendly Products for a Sustainable Kitchen
Nestlé
Greener Planet Articles by Nestlé

Kenapa Pilihan Yang Bijak Penting Untuk Dapur Anda

Peralatan yang anda gunakan di dapur mempunyai impak yang serius terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, produk pembersihan biasa sering mengandungi bahan kimia yang kuat dan menjadi punca kerosakkan kepada saluran air dan membahayakan kehidupan akuatik. Manakala plastik seperti bekas, botol dan perkakas plastik boleh menjadi masalah tambahan yang kritikal. Selain itu, pengeluaran barangan rumah kebiasaannya sering menjadi penyumbang yang ketara kepada pelepasan gas rumah hijau, di mana terjadinya peningkatan suhu di permukaan bumi dari masa ke semasa.

Disebabkan perkara itu, ia menjadi penting untuk kita menyedari bahawa pilihan dapur kita bukan sekadar keutamaan peribadi ia merupakan keputusan yang memberi impak serta membentuk ekosistem yang lebih sihat dan sejahtera demi masa depan bumi kita.

 

Produk Apa Yang Mesra Alam?

Dalam kata yang mudah, produk mesra alam merupakan produk yang tidak mencemarkan alam sekitar.

Produk-produk ini dicipta untuk mengurangkan kerosakan atau memberi impak buruk kepada alam sekitar sepanjang kewujudan mereka di muka bumi. Produk ini boleh diklasifikasikan sebagai produk mesra alam jika ia diperbuat daripada sumber semula jadi atau sumber-sumber dan bahan-bahan yang telah dikitar semula, diperbuat dengan kaedah cekap tenaga dengan menggunakan pembungkusan daripada bahan kitar semula atau biodegradasi secara minimal. Tambahan pula, produk mesra alam tahan secara lasak dan tidak bertoksik, ia direka khas untuk mudah dikitar semula atau dilupuskan setelah tidak diperlukan.

Pemilihan produk dapur yang mesra alam berbanding daripada produk-produk lain sangat bermanfaat kerana dapat memelihara sumber dan mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Apa yang lebih menarik lagi, produk mesra alam ini tidak mengandungi bahan kimia perosak untuk menjaga kesihatan anda dan keluarga.

Dengan menjadi selektif dan peka terhadap pilihan peralatan dapur hanya kepada produk mesra alam, anda bukan sahaja menyumbang ke arah masa depan dengan bumi hijau yang lebih baik, malah anda juga telah menerapkan gaya hidup yang sihat kepada keluarga sambil mengajar anak-anak mengenai kepentingan penggunaan produk mesra alam.

Ayuh kita teroka pelbagai lagi langkah yang boleh diambil untuk mencipta dapur yang mesra alam bagi memulakan perjalanan sebagai wira alam sekitar!

 

6 Produk Mesra Alam Yang Perlu Ada Di Dapur

1. Pembersih Semula Jadi

Produk pembersihan yang biasa sering mengandungi bahan kimia beracun yang berbahaya untuk kesihatan manusia dan alam sekitar. Maka apabila anda bertukar kepada produk pembersihan yang mesra alam ia merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk mencipta dapur yang lebih mampan.

Daripada menggunakan produk pembersih yang mengandungi kimia, pilihlah produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi sebagai solusinya. Seperti Serbuk Soda, Cuka, Jus Lemon dan Pati Minyak. Dengan menukar bahan-bahan harian ini kepada produk pembersihan yang lebih efektif bukan sahaja prosesnya mudah malah ia lebih menarik untuk dilakukan yang boleh memberi pengalaman dan pembelajaran. Kanak-kanak juga sesuai untuk turut melakukan aktiviti ini bersama.

Pendekatan praktikal ini bukan sekadar meningkatkan pemahaman anda tentang bahan-bahan yang digunakan malah ia juga memastikan rutin pembersihan anda bebas daripada bahan kimia berbahaya, secara tidak langsung ia menerapkan persekitaran rumah yang lebih lestari dan mesra alam.

 

Jus lemon boleh digunakan sebagai pembersih semula jadi di mana ia dapat membersih tanpa mencemarkan udara di dalam rumah.

Sebagai cara alternatif, jika anda tidak gemar untuk lakukan aktiviti sebegini secara sendiri. Anda boleh memilih untuk membeli produk pembersihan yang mesra alam di pasar raya. Carilah produk yang tidak mengandungi bahan kimia seperti klorin, formaldehida dan fosfat. Akan tetapi pilihlah produk yang diperbuat dengan bahan-bahan yang telah kami senaraikan tadi.

2. Peralatan Cekap Tenaga

Ya betul, membuat produk mesra alam sendiri sememangnya menyeronokkan. Tetapi jika ia melibatkan peralatan dapur, kami sarankan untuk anda serahkan tugasan tersebut kepada pakar.

Apabila sudah sampai masa untuk menggantikan peralatan dapur, jadilah pengguna yang peka dengan meneliti model dengan sijil berdaftar yang mempunyai penarafan Bintang Tenaga yang tinggi serta memenuhi garis panduan kecekapan tenaga mengikut ketetapan Tenaga Nasional Berhad. Penarafan kecekapan tertinggi yang anda boleh dapatkan ialah penarafan kecekapan 5 bintang.

Menukar peralatan lama dengan produk baru yang berkesan dari segi kecekapan tenaga dan mesra alam dapat memberi kesan yang signifikan terhadap penggunaan tenaga dalam rumah dan dapat menjejak kesan karbon. Ini merupakan cara yang paling berkesan untuk menjadikan dapur anda bertaraf 5 bintang.

3. Guna Semula Bekas-bekas Terpakai 

Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti mempunyai almari penuh dengan bekas plastik yang tidak digunakan. Namun, ia hanya terbiar begitu sahaja dan menanti untuk kita menggunakannya. Kenapa tidak gunakan ia sebaik sahaja kita membungkus makanan di restoran atau diwaktu kita menyimpan makanan lebihan di rumah? Bekas-bekas makanan lebihan ini boleh digunakan semula kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi, di mana ia menjadi sebahagian penting untuk dapur yang lebih mesra alam. Biarpun ada yang mengatakan bahawa bekas plastik sekali pakai lebih murah, tetapi ianya adalah pilihan yang tahan lama dan tidak beracun seperti bekas kaca atau bekas tahan karat. Ia lebih baik untuk menjamin kesihatan dan alam sekitar dalam jangka masa yang lebih panjang. Jadikan lah ini sebagai satu pelaburan untuk gaya hidup serumah yang lebih sihat. Selain itu, majoriti perniagaan mengenakan bayaran tambahan kepada bekas pembungkusan dan melabur untuk bekas yang boleh digunakan semula agar anda tidak perlu menggantikannya secara kerap.

Amalan ini bukan terhad kepada bekas makanan sahaja. Namun bekas yang boleh digunakan semula juga popular untuk botol dan cawan kopi yang diperbuat daripada bahan telah dikitar semula. Produk ini bukan sahaja dapat mengekalkan suhu minuman, malah ia juga mengelak dari menggunakan bahan kimia beracun kepada botol buangan dan cawan plastik. Ia juga dapat menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.

Berbalik pada topik perbualan berkenaan kopi, Nescafé Gold dan Classic menawarkan bekas kaca yang boleh digunakan semula yang membolehkan anda menyimpan bahan-bahan di dapur seperti rempah dan bahan-bahan kisar atau boleh juga digunakan sebagai bekas penyimpanan cecair. Hal ini kerana bekas Nescafé dicipta dengan sistem kedapan hermetik (bekas kedap udara).

Dengan adanya bekas makanan dan air yang boleh digunakan semula, ia bukan sekadar memastikan makanan anda kekal segar dan bebas daripada bahan kimia malah anda juga akan kurang dalam menyumbang pembuangan plastik dari dapur anda ke alam sekitar. Berhenti menggunakan bekas plastik yang hanya boleh digunakan sekali, bertukarlah kepada bekas yang boleh digunakan semula.

4. Naik Taraf Peralatan Anda 

Bayangkan situasi ini. Anda telah berjaya membawa makanan dari rumah dalam bekas yang boleh digunakan semula. Syabas! Sebaik sahaja masa untuk makan tengahari sudah tiba, anda mula menggunakan sudu dan garpu plastik tetapi keduanya patah ketika anda sedang makan. Lalu anda gantikannya dengan sudu dan garpu plastik yang lain, tetapi keduanya patah lagi. Perkara ini berterusan dan akhirnya tidak dapat menikmati makanan yang anda telah bekalkan.

Walaupun gambaran tersebut agak diperbesarkan, namun itu adalah salah satu faktor mengapa anda perlu menukar pinggan, mangkuk, sudu dan garpu plastik tradisional kepada produk alternatif yang lebih tahan lama dan mesra alam seperti buluh atau keluli tahan karat. Anda bukan hanya dapat menikmati waktu makan tanpa sebarang masalah, tetapi anda juga menyumbang kepada penurunan kadar pembaziran plastik.

Di dapur, pelaburan ke arah pilihan yang lebih mampan bukan hanya memberi memberi keunikan kepada dapur anda malah peralatan sebegini bebas dari kimia dan boleh didegradasi. Di mana ia juga boleh menerapkan budaya memasak yang lebih sihat.
 

Bertukar kepada peralatan mesra alam membantu mengurangkan pembaziran plastik dan menyemarakkan lagi semangat untuk memasak makanan yang lebih sihat.

Di antara cara yang paling mudah untuk memulakan penggantian peralatan dapur dengan alternatif mesra alam adalah dengan menukar kepada straw plastik yang digunakan pada minuman kepada straw yang boleh digunakan semula. Di dalam industri makanan dan minuman, Nestlé Malaysia satu-satunya produk pertama di Malaysia dengan satu inovasi minuman berpaket yang lebih mampan dengan menukar straw plastik kepada straw kertas untuk produk Milo. Dengan mengikut jejak langkah Nestlé Malaysia, anda juga menyumbang kepada usaha untuk menghapuskan lebih 200 juta straw plastik setiap tahun.

Untuk meneruskan langkah seterusnya, anda juga boleh menggantikan peralatan masak sedia ada kepada peralatan yang diperbuat daripada besi tuang kerana daya ketahanannya, fleksibilitinya dan permukaan yang tidak melekit secara semula jadi. Anda boleh mewariskan peralatan memasak ini kepada anak, cucu dan cicit di masa akan datang.

5. Kurangkan Sisa Kertas 

Apabila terlalu fokus untuk mengurangkan sisa atau sampah dari penggunaan plastik, kita sering terlepas pandang akan penggunaan tisu kertas yang terus dibuang setelah diguna pakai. Disebaliknya, kita boleh sahaja menggunakan tuala fabrik dengan berulang kali. Ia bukan sekadar dapat membantu mengurangkan sisa pembuangan, malah ia menjimatkan sumber dan merendahkan kadar penjejakan karbon dalam proses pembuatan dan pelupusan. Semakin kurang sisa atau sampah kertas, maka semakin berkuranglah pembalakan hutan untuk menjamin masa depan kita dengan bumi yang lebih hijau.

Disamping itu, kita juga boleh menggantikan tisu tandas dengan menggunakan paip air atau kain lap yang boleh dicuci dan digunakan semula. Hanya dengan beberapa perubahan kecil yang perlu dilakukan, namun impaknya begitu besar.

6. Jadikan Sisa Makanan Anda Sebagai Baja

Rata-rata rakyat Malaysia memang pengemar makanan. Kita sering diajar atau diingatkan untuk menghabiskan dan tidak membazir makanan, namun mesti ada masanya yang kita tetap tidak dapat mengelak daripada pembaziran. Tanpa kita menyedarinya, pembaziran makanan di Malaysia direkod sekitar 16, 688 tan sehari di mana ia terdiri daripada 2.2 million masyarakat di negara kita, hanya dalam tempoh masa 3 HARI!

Bagi menyelesaikan masalah ini, jadikan sisa dan lebihan makanan anda menjadi nutrisi kepada tanah menerusi proses pelupusan!

Pelupusan sisa makan boleh mengurangkan pencemaran di kawasan pembuangan sampah dan merendahkan kadar pelepasan gas rumah hijau secara signifikan. Pendekatan prihatin ini bukan sahaja dapat menyokong menjadikan dapur anda lebih lestari, tetapi ia juga menerapkan amalan bercucuk tanam secara mampan. Dengan ini, ia membolehkan anda mencipta baja sekaligus menjimatkan kos pembajaan untuk hasil tanaman anda.
 

Melupuskan sisa makan bukan sahaja mengurangkan sisa pembuangan tetapi ia merendahkan kadar pelepasan gas bumi hijau.

 

Inisiatif Nestlé Malaysia untuk Mengurangkan Penjejakan Karbon

Sebagai produk makanan dan minuman terkemuka, Nestlé Malaysia mengambil langkah menuju kelestarian dengan serius. Kilang-kilang Nestlé telah melaksanakan sistem pengurusan yang lebih lestari. Menjelang 1 Januari 2024, Nestlé Malaysia sudah melakukan transformasi sehingga 100% penggunaan bekalan elektrik yang boleh diperbaharui dalam setiap operasi yang telah dijalankan di dalam Malaysia [3]. Sehubung dengan itu, ia membantu syarikat ini untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak 75,000 tan CO2 pada setiap tahun [4].
 

Nestlé Malaysia telah beroperasi dengan kadar 100% dengan menggunakan bekalan tenaga yang boleh diperbaharui.

Nestlé Malaysia juga telah mengurangkan penggunaan air per tan bagi setiap 20% sejak tahun 2015 [4]. Langkah yang diambil ini telah mengurangkan kesan penjejakan alam sekitar yang membolehkan mereka mencapai tahap pemakanan berkualiti yang berpatutan.

Dengan mengemukakan pengeluaran yang mesra alam, Nestlé Malaysia menunjukkan bagaimana syarikat yang terkemuka berkomited dalam memlihara alam sekitar ke arah bumi lestari untuk generasi akan datang.

Melalui sijil-sijil seperti Rainforest Alliance [1] dan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) [2], produk Nestlé menjaminkan masa depan dan alam sekitar yang lebih baik bila anda memilih dan menggunakannya.

Mungkin pada awalnya ia nampak seperti sesuatu yang sia-sia, namun dengan perubahan kecil dan berterusan, setiap dapur boleh menjadi contoh ke arah kelestarian. Produk yang mesra alam untuk dapur bukan hanya baik untuk bumi kita, ia juga menjimatkan kos atau wang sekaligus membentuk amalan yang lebih baik untuk ditunjukkan kepada masyarakat yang sebenarnya kehidupan secara lestari adalah mudah. Secara kesimpulannya, kami ingin melakukan perubahan menuju ke arah rumah lestari dan memelihara alam sekitar untuk dikongsikan kepada generasi yang akan datang.

 

 

Rujukan: 


[1] https://www.nescafe.com/make-your-world/our-world/nescafe-rainforest-alliance
[2] https://www.nestle.com.my/csv/creatingsharedvaluecasestudies/palmoil
[3][5] https://www.nestle.com.my/sites/g/files/pydnoa251/files/2023-04/NIS-NESTLE-AR22.pdf
[4] https://www.nestle.com.my/media/pressreleases/renewable-energy

 


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?