Kisah-kisah penuh makna di sebalik setiap cawan MILO, setiap botol Sos Cili MAGGI®, dan setiap hirupan NESCAFÉ.
Pernahkah anda terfikir siapa yang memastikan MILO kita sentiasa lazat dan berkualiti tinggi? Atau dari mana datangnya cili segar dalam Sos Cili MAGGI® kegemaran semua? Atau siapa yang menanam biji kopi untuk NESCAFÉ yang anda nikmati setiap pagi?
Ramai yang tidak menyedari bahawa produk-produk kesayangan ini dihasilkan di Malaysia, oleh rakyat Malaysia. Di sebalik setiap hirupan dan gigitan, terdapat kisah-kisah inspirasi tentang individu-individu yang bekerja keras, mendedikasikan hidup mereka untuk membawa produk-produk ini ke rumah-rumah di seluruh negara. Bagi mereka, kerja ini lebih daripada sekadar sumber rezeki, ia mewakili ketabahan, semangat, dan usaha untuk masa depan yang lebih baik.
Wanita Hebat di Sebalik MILO
Di Chembong, Negeri Sembilan, terletaknya kilang MILO terbesar di dunia. Dan insan yang memainkan peranan penting ialah Yani, atau Puan Haryani Md. Yusof, yang telah bersama kami selama 15 tahun! Beliau memastikan setiap pek MILO memenuhi piawaian halal dan berkualiti tinggi. Bagi Yani, MILO bukan sekadar minuman, ia adalah simbol kerjasama, semangat, dan dedikasi rakyat Malaysia yang berganding bahu.
Lihat Disini
Dari Kesusahan ke Kejayaan: Ladang Cili Pak Mok
Pak Mok, atau Mokhtar Bin Mat Lani, dahulunya mengutip kotak-kotak terpakai demi menyara keluarganya. Hidupnya penuh dengan cabaran, terutamanya dengan isteri kurang upaya yang perlu dijaga. Namun, segalanya berubah apabila beliau menerima peluang daripada Nestlé. Dengan sokongan mereka, Pak Mok mula belajar cara-cara bertani. Hari ini, beliau menanam cili segar berkualiti tinggi yang digunakan dalam Sos Cili MAGGI. Setiap botol mengandungi cili dari ladangnya—segar, tempatan, dan penuh dengan rasa.
Lihat Disini
Semangat Pak Lang: Dari Biji Kopi ke Cawan
Pak Lang, atau Che Nai Hassan dari Sik, Kedah, telah menanam kopi selama lebih 15 tahun. Perjalanan beliau bukanlah mudah — serangan perosak, cuaca yang tidak menentu, dan pelbagai halangan menjadikan penghasilan biji kopi berkualiti dalam jumlah yang tinggi satu cabaran besar. Namun, segalanya berubah apabila beliau menyertai program NESCAFÉ Grown Respectfully. Melalui program ini, beliau mempelajari teknik pertanian baharu yang membantu meningkatkan hasil tanaman dan kualiti biji kopi. Kini, biji kopi beliau telah digunakan dalam beberapa produk NESCAFÉ yang digemari ramai! Dengan pendapatan yang lebih stabil, Pak Lang bukan sahaja dapat menyara keluarganya, malah turut membantu komuniti setempat untuk terus berkembang maju.
Lihat Disini
Kongsi Kebaikan: Inisiatif Kotak Rezeki Dari Hati
Selain menyokong para petani dan warga kerja kami, Nestlé komited untuk terus memberi kembali kepada masyarakat. Dengan kerjasama Media Prima, kami telah melancarkan inisiatif Kotak Rezeki Dari Hati, di mana sebanyak 1,300 kotak makanan yang mengandungi produk-produk seperti MILO, MAGGI®, NESCAFÉ dan lain-lain barangan Nestlé telah diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.
Inisiatif ini bukan sekadar bantuan—ia adalah simbol keprihatinan dan solidariti sesama rakyat Malaysia. Kisah-kisah seperti Siti Haryani, Pak Lang, dan Pak Mok hanyalah sebahagian daripada usaha kami untuk memberi impak yang bermakna setiap hari. Kami bukan sekadar satu jenama—kami adalah sebuah keluarga yang berdedikasi untuk membina masa depan yang lebih cerah bersama. Dari ladang ke meja, matlamat kami mudah: mencipta produk yang menyatukan rakyat Malaysia dan memperkasa kehidupan mereka.
Dari Rakyat Untuk Rakyat