Nutrisi untuk Tulang & Gigi yang Kuat | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Nutrisi untuk Tulang & Gigi yang Kuat

Nutrisi untuk Tulang & Gigi yang Kuat
Nespray®
Nutrition tips by Nespray®

Kalsium

Protein

Kalsium merupakan nutrien penting untuk membantu dan menjaga tulang dan gigi menjadi kuat dan padat. Ia diperlukan untuk jantung, otot dan saraf berfungsi secara normal. Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju kaya dengan sumber kalsium.

Vitamin D

Calcium, Iron

Tubuh kita memerlukan Vitamin D untuk menyerap kalsium secara efisien. Senaman atau riadah di luar rumah pada siang hari merupakan salah satu cara yang baik untuk memastikan anak kita kekal aktif, mereka juga akan mendapat dos Vitamin D harian dari sinar matahari. Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti telur, ikan dan susu juga membantu kita.

Fosforus

Phosphorus

85% dari Fosfurus dalam tubuh kita disimpan di dalam tulang dan gigi untuk memastikan mereka kuat dan sihat. Kacang, biji-bijian, susu dan produk mengandungi susu adalah sumber baik yang mempunyai Fosfurus.

Magnesium

Magnesium

Magnesium membantu menyalurkan Kalsium dan Vitamin D dalam tubuh kita. Makanan seperti bendi, kacang, bijirin penuh dan bijiran diperkaya dengan sumber Magnesium.

Vitamin C

Vitamin C

Vitamin C bukan sekadar menyokong sistem imun, malah ia membantu menguatkan gusi dan gigi untuk kekal sihat. Vitamin C juga memberi kebaikan kepada tulang. Anda perlu memastikan anak-anak anda mengamalkan diet yang kaya dengan khasiat datangnya daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, lebih-lebih lagi buah-buahan yang bersitrus  dan sayur-sayuran seperti brokoli dan tomato yang mempunyai dos Vitamin C! Selain daripada mengambil makanan yang lengkap dengan kebaikan untuk gigi dan tulang, aktiviti fizikal juga perlu diamalkan untuk perkembangan tulang, sendi dan otot. Ibubapa perlu mengamalkan rutin pemakanan yang bijak supaya dapat meningkatkan kesihatan gigi, serta jauhi makanan yang manis dan melekit seperti gula-gula berkaramel. Namun berikan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt dan susu.

 

 

 

Rujukan: 

  • Cadangan pengambilan Nutrien untuk Malaysia. Laporan Kumpulan Kerja Teknikal mengenai Panduan Pemakanan. Jawatankuasa Pengkoordinasian Kebangsaan mengenai Makanan dan Nutrisi. Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017.


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?