Mengalakkan Pengasingan Sisa di Rumah | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Mengalakkan Pengasingan Sisa di Rumah

Mengalakkan Pengasingan Sisa di Rumah
Nestlé
Greener Planet Articles by Nestlé

Kolaborasi bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada tahun 2020 merupakan satu agenda utama bagi pelancaran program Kitar Semula dan Pengumpulan Pintu ke Pintu di Petaling Jaya sebagai inisiatif Tanggungjawab Pengeluar Meluas (TPM) secara sukarela, dengan matlamat melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan berintegrasi.

Seawal permulaan program ini, lebih dari 150,000 rumah dan kejiranan di Selangor dan Kuala Lumpur telah terlibat dan bekerjasama dengan majlis-majlis dan pihak kontraktor Alam Flora Enviromental Solutions Sdn. Bhd. Lebih daripada 5,000 tan sisa pepejal yang boleh dikitar semula, termasuk lebih daripada 2,000 tan bahan plastik yang telah dikumpul untuk mencegah daripada ia terperangkap di tapak pelupusan atau mencemar alam sekitar.

Perintis utama inisiatif bersama MBPJ ini telah diiktiraf oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kementerian Alam Sekitar Malaysia sebagai langkah baik untuk menanam semangat untuk mengasingkan sumber sisa dalam kalangan komuniti tempatan.

Usaha ini diketengahkan bertujuaan untuk menyokong sistem pengurusan sisa yang lebih efektif dan meluas di luar kawasan bandar di Malaysia, hal ini kerana isu pengurusan sisa pepejal sering ditemui di kawasan pinggiran. Bermula sebagai projek perintis selama 8 minggu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam, kami menilai keberkesanan pengumpulan bahan kitar semula dari pintu ke pintu menggunakan basikal beroda tiga di dua perkampungan di pinggiran bandar Shah Alam. Selepas program perintis ini berakhir, kami meluaskan program ini pada Disember 2022 yang melibatkan 1,600 isi rumah di Kampung Sungai Kandis dan lebih daripada 923 isi rumah di Kampung Jalan Kebun.

Disamping itu, kami sedang meneroka pelbagai mekanisma untuk pengitaran di perumahan pangsapuri. Pada awalnya, ia ditujukan kepada 540 buah rumah di Seksyen 18 dan Seksyen 24, kami meluaskan Program Pemulihan Strata kepada dua bangunan strata tambahan pada tahun 2022 dengan kerjasama MBPJ, untuk 600 unit kediaman dengan jumlah koleksi sekitar 2,300 tan bahan kitar semula selepas digunakan oleh pengguna.

Sejajar dengan pengembangan pesat program kitar semula ini, kami telah memainkan peranan penting dalam memperkuat keupayaan KPT Recycle, rakan kitar semula kami. Bersama dengan mereka, kami telah memimpin perkembangan Fasiliti Pemulihan Bahan separa-automatik yang direka khusus untuk memenuhi tuntutan yang semakin meningkat dalam program ini. Fasiliti berteknologi tinggi ini mampu menyusun bahan kitar semula sehingga 30 tan dengan berkesan setiap hari.
 

Video file

 

Dengan inisiatif Tanggungjawab Pengeluar Meluas (TPM) yang telah dilaksanakan ini, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai sisa pengguna dan membantu memupuk minda dan tingkah laku kitar semula yang lebih baik dan berkesan di kawasan perumahan di sekitar Malaysia. Selain itu, ia juga menyokong sasaran Kerajaan untuk mencapai Kadar Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 40% menjelang tahun 2025.


 


 


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?