Senang untuk rasa letih bila anda sudah berusia? Kehilangan otot-otot sokongan adalah puncanya | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Senang untuk rasa letih bila anda sudah berusia? Kehilangan otot-otot sokongan adalah puncanya

Senang untuk rasa letih bila anda sudah berusia? Kehilangan otot-otot sokongan adalah puncanya
Enercal Complete
Nutrition tips by Enercal Complete

Apabila anda semakin berusia, anda tidak akan berasa sekuat seperti masa muda anda. Stamina anda juga akan semakin berkurangan.

Itulah punca mengapa kehilangan otot sokongan, di mana ia merupakan proses semula jadi untuk penuaan. Ia melibatkan kehilangan otot itu sendiri dan daya kekuatannya serta fungsi otot-otot tersebut juga berkurangan. Hal-hal seperti berlaku adalah proses normal bagi seseorang yang berusia lebih dari 50 tahun.

Fenomena ini bermula sebelum usia persaraan. Anda akan kehilangan 7% hingga 8% daripada jisim otot untuk setiap dekad, di mana ia bermula dari usia 40-an. Apabila usia anda mencapai 70-an, kadar ini mungkin meningkat kepada 15% setiap dekad.
 

Kesan Kehilangan Otot Bila Usia Meningkat


Pengurangan otot bermaksud anda akan berasa lemah dan kurang berdaya untuk melakukan sesuatu pergerakan. Anda juga akan berasa cepat letih. Ia akan memberi kesukaran untuk anda apabila ingin menaiki tangga atau bangun daripada kerusi. Selain itu, ia akan mempengaruhi daya keseimbangan anda, di mana ia akan menjadi punca kejatuhan yang kerap berlaku.

Walaupun kehilangan otot ini adalah sebahagian daripada proses penuaan, faktor-faktor tertentu boleh memberi kesan buruk kepada anda.

Antara faktor-faktor termasuklah gaya hidup yang tidak aktif, penyakit kronik yang berpanjangan atau amalan diet tidak seimbang yang tinggi lemak dan karbohidrat tetapi rendah dengan protien. Risiko juga meningkat jika anda mempunyai penyakit yang menyebabkan keradangan atau penyakit yang secara langsung mempengaruhi saraf dan otot anda. Kadar hormon yang berkurangan ketika anda menua – testosteron bagi lelaki dan estrogen bagi wanita, pengaruhi otot-otot anda.

 

 

Bagaimana Cara Untuk Perlahankan Proses Kehilangan Otot Bila Usia Meningkat


Biarpun kita kehilangan otot yang mempengaruhi kualiti hidup, masih terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk melambatkan atau berpatah balik untuk perbaiki proses ini.

Senaman: Apabila anda kehilangan otot sokongan, ia akan menyukarkan pergerakan di mana membuat anda untuk lebih malas lakukan senaman atau aktiviti fizikal. Namun, senaman adalah penting untuk menjaga otot anda dan kekal aktif.

Lakukan senaman aerobik untuk meningkatkan dan memastikan denyutan jantung anda kekal aktif. Jika ia terlalu berat untuk anda dan takut sekiranya ia boleh mencederakan anda, cuba lakukan senaman ringan atau berjalan sebagai alternatif.

Berdasarkan satu kajian di Jepun yang melibatkan peserta dalam linkungan usia 65 tahun dan ke atas, senaman ringan atau berjalan semalam 6 bulan mampu membantu anda meningkatkan jisim2 otot anda. Mula secara perlahan, kemudian tingkatkan kelajuan dan tempoh anda berjalan secara beransuran.

Lakukan senaman yang melibatkan rintangan. Ia baik untuk kesihatan anda dalam membantu meningkatkan kadar denyutan jantung, namun anda akan mendapat lebih banyak manfaat untuk otot anda bila rutin senaman anda digandingkan bersama senaman rintangan. Sebagai contoh, menggunakan jalur rintangan, latihan angkat berat dan melakukan latihan rintangan seperti tekanan kaki.

Latihan-latihan seperti ini membantu untuk meningkatkan kekuatan otot dan melancarkan pertumbuhan dan pembaikan otot. Dalam satu kajian yang melibatkan peserta yang berumur antara 65 hingga 94 tahun, mereka mendapati bahawa melalukan latihan atau senaman rintangan tiga kali seminggu selama 12 minggu membantu peningkatan kekuatan3 otot.

Lebihkan pengambilan protein, ia penting untuk mengekalkan kesihatan otot anda kerana membantu dalam membina dan menguatkan tisu otot. Ia juga mainkan peranan utama apabila kita melalui proses penuaan. Di mana ia akan bertindak sebagai sumber yang membina dan melancarkan pertumbuhan otot, lebih banyak protein diperlukan apabila anda sedang menua bagi meningkatkan pertumbuhan otot ini. Telur merupakan sumber protein yang terbaik, ia mudah untuk disediakan dan sangat berpatutan. Ikan juga adalah pilihan protein yang baik. Seperti Salmon, Ikan Tenggiri dan Ikan Kod, ia kaya dengan asid lemak Omega-3. Anda juga boleh menambah suplemen dalam pemakanan anda.

ENERCAL COMPLETE diformulasi secara saintifik dengan 50% protein whey dan 50% protein soya. Gabungan unik ini Bersama membantu untuk menyokong kekuatan otot, agar anda dapat bersedia dengan lebih baik untuk melawan kehilangan otot yang berkait rapat dengan usia, anda juga akan bersedia untuk menjalani kehidupan pada hari tua anda.

ENERCAL COMPLETE mengandungi campuran kalori yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika seperti karbohidrat (55%), protein (15%) dan lemak (30%).

Tubuh anda akan menggunakan lebih banyak tenaga dengan bantuan dari Vitamin B1 dan B2 dalam ENERCAL COMPLETE, anda juga mungkin akan rasa kurang letih dan kelesuan, kesan daripada kandungan yang lengkap dengan Vitamin dan Mineral seperti Vitamin B6, B12, C, Zat Besi dan Asid Folik.

Penafian: Kandungan ini bertujuaan hanya untuk berkongsi maklumat sahaja dan tiada sebarang tujuan untuk menggantikan penasihat profesional atau perubatan, diagnosis, atau rawatan. Kami mengesyorkan agar anda sentiasa mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan anda untuk sebarang pertanyaan yang mungkin dimiliki berkaitan dengan situasi atau keadaan perubatan tertentu.

 

Rujukan:

  1. 1. Paddon-Jones D and Leidy H. Dietary Protein and Muscle in Older Persons.
  2. 2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18852547/
     


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?