Panduan kelangsungan hidup di dapur | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Panduan kelangsungan hidup di dapur

Stay at Home Kitchen Survival Guide
Nestlé
Nutrition tips by Nestlé

1. Sediakan senarai membeli-belah

 

Menyediakan senarai membeli-belah sentiasa menjadi idea yang baik untuk berbelanj. Anda tidak perlu mengambil semua benda secara sembarangan! Pertama sekali, periksa dapur dan peti sejuk anda, dan senaraikan barang yang diperlukan sebelum keluar membeli-belah atau membeli dalam talian: Lazada | Shopee.

Tip Berguna: Senarai membeli-belah bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah membantu anda kekal teratur!

 

2. Simpan stok barangan kering

 

Barangan kering seperti beras, pasta, bijirin, atau mi mempunyai jangka hayat yang panjang, mudah disimpan, dan boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan berkhasiat. Pastikan anda menyimpannya dengan betul. Sediakan hidangan yang lazat dan seimbang untuk keluarga anda dengan mi MAGGI. Beli dalam talian: Lazada | Shopee.

Tip Berguna: Menyimpan beras dalam bekas kedap udara di tempat yang sejuk dan kering atau dalam peti sejuk dapat membantu mengekalkan kualiti dan mencegah serangga.

 

3. Bahagikan makanan mengikut saiz hidangan

 

Cuci dan bekukan makanan seperti ikan, ayam, atau daging dalam saiz yang kecil untuk menjimatkan masa mencairkan. Hanya letakkan bahagian yang diperlukan ke dalam ruang sejuk peti sejuk anda beberapa jam sebelum anda mula memasak.

Tip Berguna: Untuk sayur-sayuran, simpan dalam bekas kedap udara dengan tuala kertas kering untuk menyerap kelembapan yang tinggal. Dengan cara ini, anda dapat memastikan sayur-sayuran kekal segar dan rangup.

 

4. Langkah penyediaan adalah penting

 

Pes masakan serbaguna seperti air rebusan daging atau sayur-sayuran, pes tomato & pes sambal boleh disediakan lebih awal & disimpan di dalam peti sejuk. Anda juga boleh menyimpan pes memasak yang sedia ada, perasa dan sos dalam bentuk stok. Kaedah ini membantu untuk memasak hidangan yang ringkas & cepat, terutamanya jika anda sedang bekerja dari rumah.

Petua Berguna: Simpan perasa dan sos MAGGI untuk memasak harian yang mudah! Beli Dalam Talian: Lazada | Shopee.

 

5. Masak secara bijak & jimat masa

 

Jika anda sering memasak atau menggunakan peralatan dapur seperti pengisar, pemproses makanan, dan periuk tekanan, ianya dapat mengurangkan masa penyediaan dan memasak. Pilihlah model yang mudah untuk dibuka dan dibersihkan.

Petua Berguna: Simpan perasa dan sos MAGGI untuk memudahkan masakan harian anda! Beli dalam talian: Lazada | Shopee.

Kehabisan idea untuk memasak? Lihat beberapa resipi kami.

 


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?