Cipta Hidangan Raya Kegemaran Anda dalam Versi Lebih Sihat | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Cipta Hidangan Raya Kegemaran Anda dalam Versi Lebih Sihat

Jadikan Hidangan Raya Kegemaran Anda Lebih Berkhasiat
Nestlé® Nestum®
Nutrition tips by Nestlé® Nestum®

Teruja untuk menikmati hidangan Raya yang lazat, tetapi risau tentang kalori? Cuba langkah berbeza, namun lebih sihat dalam menyediakan hidangan Raya untuk menjaga diri anda dan orang yang anda sayangi daripada lemak berlebihan seperti gula, garam, dan minyak! Terokai tip mudah di bawah untuk hidangan Raya yang sedap dan lebih sihat:

 

1. Rendang & Kari

kapitan chicken

Klik untuk resipi penuh

 

Apabila menyediakan hidangan rendang dan kari, gantikan santan dengan susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak. Anda juga boleh membuang kulit dan lemak yang kelihatan daripada ayam/kambing/daging lembu. Cuba Ayam Kapitan NESTUM® ini. Ia sangat sesuai dengan Nasi Kunyit dan Ketupat.

 

2. Soto


Klik untuk resipi penuh

 

Jika soto adalah salah satu makanan yang anda sukai, lebihkan pengambilan sayur-sayuran (taugeh, kacang panjang, dan lain-lain) dan kurangkan saiz hidangan nasi impit.

 

3. Sayur sebagai Hidangan sampingan

nasi ulam

Klik untuk resipi penuh

 

Seimbangkan hidangan karbohidrat anda dengan banyak sayur-sayuran di sampingnya. Hidangan yang banyak timun, sayur-sayuran segar, dan bawang merah akan melengkapkan hidangan anda. Sediakan Nasi Ulam Ayam Percik sendiri untuk hidangan utama yang lebih sihat.

 

4. Hidangan berasaskan nasi (contohnya, nasi dagang, nasi kerabu)


Klik untuk resipi penuh

 

Pilih nasi perang berbanding nasi putih, dan tambahkan pelbagai salad segar/ulam sebagai hidangan sampingan. Nikmati citarasa pantai timur melalui resipi Nasi Dagang dengan Kari Ikan Tongkol dan Acar Jelatah ini.

 

5. Pencuci mulut

 

Hidangkan buah-buahan segar dalam bentuk sate buah. Anda juga boleh menambah buah-buahan segar dalam agar-agar, serta mengurangkan jumlah gula dalam biskut, kuih, atau puding untuk pilihan yang lebih sihat. Untuk sentuhan moden pada meja pencuci mulut Raya anda, cuba resipi Muffin Streusel Kurma Madu NESTUM®.

 

6. Minuman

kurma

 

Sentiasa ingat untuk mengamalkan kesederhanaan dan membuat pilihan yang bijak, walaupun di meja makan! Pilih buah-buahan segar untuk meningkatkan rasa dan warna (contohnya, buah naga, Roselle, dan sebagainya) apabila menyediakan minuman. Hidangkan Everyday® Kurma Susu dan Sirap Bandung Cincau sebagai kelainan dan nikmati setiap tegukannya!

 

sirap

 

Kini anda sudah mempunyai semua tip di tangan, pemakanan sihat sebenarnya tidaklah begitu sukar. Ingat untuk mengamalkan konsep #sukusukuseparuh semasa waktu makan anda. Dan dengan 'separuh', kami maksudkan buah-buahan dan sayur-sayuran! Raya hanya sekali setahun, tetapi kesihatan adalah sepanjang tahun. Buatlah pilihan yang bijak, walaupun di meja makan!

 

Rujukan:

1. Makan Secara Sihat di Hari Raya, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012
2. Perancangan dan Pemilihan Menu Sihat Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013 
3. Update name: Choosing Healthy Hari Raya Food and Deepavali Snacks
4. Guideline: Sugars intake for adults & children, World Health Organisation, 2015


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?